Friday, January 6, 2012

ani sup utara

Salam.


Nafsu makan aku sejak beberapa hari ni tak memberangsangkan tapi aku perlu makan. Makan untuk hidup! Sebab bila malam malam aku lapar. Aku tak boleh makan selain nasi. 2 kali sehari kene jugak makan nasi.


Dataran Cinta yang berdekatan terlalu ramai manusia. Dan kene tunggu sampai 2 jam! Aku tak tahu lah apa yang sedap sangat kat sana tu. Jadinya, sejak beberapa hari ni kitaorang makan luar dekat Pusat Komersial. Tak de lah jaoh sangat tapi hari ni aku nak nak nak jugak makan Ani Sup Utara. Hari tu makan dengan Asnida Hani tutup. Rupanya dia bukak malam je. Conclusionnya, datang malam !



Lepas tengok carry mark, kitaorang terus menuju ke destinasi. Semasa perjalanan, tiba tiba hujan lebat. Masa dekat fakulti memang dah hujan tapi renyai renyai je. Tapi aku degil jugak, aku nak jugak makan luar. Eh, by the way, kad matrix baru dapat oke. Setelah sekian lama nya. Daripada masuk sampai laa ni baru dapat ? Dah 4 bulan dah. Gambar aku gelap kot, tapi better dari kad matrix masa diploma.


Begitu nekad nya nak menjadi pelanggan Ani Sup Utara. Oh Puan Ani, kasi lah penghargaan sikit. Gigih kot kitaorang meredah hujan.


- Mission Failed -

Bila agaknya dapat cuba Nasi Ketam ? Tunggu Mira balik kot~

No comments:

lalala~

Daisypath Anniversary tickers