Tuesday, February 15, 2022

99 Allah's Name Project

Semalam, kami mulakan project Projek 99 Nama Allah. Inspired daripada blog mommies from UK. Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu bapa untuk didik anak kita mengenal Allah. Seiring dengan kita menjaga dan mendidik iman kita mentauhidkan Allah. Untuk mengenal Allah, mestilah dengan ilmu. Sekarang ni zaman pandemik, SOP pun agak mengarut. Kesian anak anak dah lama tak dapat pergi surau & masjid. Suka mak mak macam kita macam mana nak pergi sebab anak sentiasa macam handbag kan? So, Allah dah bagi cara lain iaitu dengan dengar kuliah kuliah di youtube. Alhamdulillah.

Hari Pertama - Allah

Terangkan pada anak siapa itu Allah dan ceritakan kebesaran dan kekayaan Allah. Tiada tandingan lain melainkan Allah. Mummy lukis nama Allah dengan idea yang dicedok daripada internet. Mula mula nak buat satu je lukisan, Amjad Rayyan pun nak join jugak. So, kita bagi la peluang dia nak jadi kreatif. Berguna jugak lah glitter yang mummy beli tahun lepas ke dua tahun lepas. Takdelah Allah soal nanti kenapa membazir tak berguna glitter tu. Alhamdulillah berjaya jugak guna. Letak gam pada tulisan Allah, dan suruh anak tabur glitter macam kita buat karya sticker dan pasir yang femes dedulu. Dedulu mummy mampu tengok jeee. HAHA!

Cantik tak lukisan mummy? Tiru idea orang boleh lah. Hihi

Hasil karya Amjad Rayyan campak campak glitter

Atas Ayra Raesha punya



Selepas kami settle bermain dengan glitter, ofcourse dorang yang kena kemas ya. Sebab Allah suka tempat yang bersih, Nabi suka tempat yang bersih. Kita mesti mencontohi nabi. Maka, mereka bekerjasama la lap meja. Sorang spray, sorang lap. Sorokkan sisa glitter daripada Abah sebab Abah baru je vacuum rumah Ahad lepas. Hehe.


No comments:

lalala~

Daisypath Anniversary tickers