Tuesday, February 15, 2022

99 Allah's Name Project

Semalam, kami mulakan project Projek 99 Nama Allah. Inspired daripada blog mommies from UK. Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu bapa untuk didik anak kita mengenal Allah. Seiring dengan kita menjaga dan mendidik iman kita mentauhidkan Allah. Untuk mengenal Allah, mestilah dengan ilmu. Sekarang ni zaman pandemik, SOP pun agak mengarut. Kesian anak anak dah lama tak dapat pergi surau & masjid. Suka mak mak macam kita macam mana nak pergi sebab anak sentiasa macam handbag kan? So, Allah dah bagi cara lain iaitu dengan dengar kuliah kuliah di youtube. Alhamdulillah.

Hari Pertama - Allah

Terangkan pada anak siapa itu Allah dan ceritakan kebesaran dan kekayaan Allah. Tiada tandingan lain melainkan Allah. Mummy lukis nama Allah dengan idea yang dicedok daripada internet. Mula mula nak buat satu je lukisan, Amjad Rayyan pun nak join jugak. So, kita bagi la peluang dia nak jadi kreatif. Berguna jugak lah glitter yang mummy beli tahun lepas ke dua tahun lepas. Takdelah Allah soal nanti kenapa membazir tak berguna glitter tu. Alhamdulillah berjaya jugak guna. Letak gam pada tulisan Allah, dan suruh anak tabur glitter macam kita buat karya sticker dan pasir yang femes dedulu. Dedulu mummy mampu tengok jeee. HAHA!

Cantik tak lukisan mummy? Tiru idea orang boleh lah. Hihi

Hasil karya Amjad Rayyan campak campak glitter

Atas Ayra Raesha punya



Selepas kami settle bermain dengan glitter, ofcourse dorang yang kena kemas ya. Sebab Allah suka tempat yang bersih, Nabi suka tempat yang bersih. Kita mesti mencontohi nabi. Maka, mereka bekerjasama la lap meja. Sorang spray, sorang lap. Sorokkan sisa glitter daripada Abah sebab Abah baru je vacuum rumah Ahad lepas. Hehe.


Sunday, February 13, 2022

Tips Mendidik Anak Hafal Juz Amma - Al-Fatihah

Saje nak share pengalaman sendiri ajar anak hafal Al-Fatihah untuk Amjad Rayyan umur 2 tahun setengah. Ni baru je try minggu ni. Saje je test untuk hari ke 6. Ni pun duk pelat pelat lagi and terskip satu ayat.
.
1) Setiap hari pagi siang malam, Mell buka radio ayat Quran dalam rumah. Even masa tidur pun pasang sayup sayup je. Mell buka suara budak2. Sebab budak lagi tertarik dengan suara budak. Lupa pulak nama siapa budak tu.
.
2) Baca dekat anak 3 kali sehari. Setiap kali 3 kali ulang.
.
3) Sebelum mula, create dulu table untuk kita consistent. Tick each kotak if dah bacakan dekat anak.
.
4) Yang penting consistent. Gunakan deria telinga untuk anak menghafal.
.
Anak serap sebanyak mungkin 0-6 tahun. Time ni kalau kita ajar apa pun senang masuk. Jangan bazirkan tau Golden Ages ni. 😉



Saturday, February 12, 2022

Life Skill

Since semalam, set barang dapur untuk Bug Out Bag (BOB) dah sampai, tiba tiba keluar idea nak main masak masak hari ni. Set periuk yang guna masa kita camping tu tapi yang ni bulat bulat. And guna dapur askar and fuel dia. 


Saje je nak expose my kids to life skill - memasak. Asyik belajar in a room, why not try life practical kan? For my point of view, life skill lagi penting daripada ilmu dalam classroom tu. Kalau kita penuhkan dada anak kita dengan life skills, anak akan jadi lebih bertanggungjawab. And tahu how to work. Ada je yang pandai, tapi tak reti nak bekerja. So sad kan? Lagi satu, if kita tak dapat kerja dengan course di universiti, kita still ada life skill yang membolehkan kita untuk hidup kan? 


So, lets expose our kids to many life skills in life!


Paling tertinggi still ilmu agama, Al-Quran sebagai panduan dan sentiasa di dalam dada anak. And then, life skills and then ilmu dalam classroom. How good if we can get all for our kids.


Jadi hari ni menu kita adalah Cekodok Pisang ye. Mummy prepare bancuh and Ayra Raesha goreng. Masak dekat belakang back yard sebab tak mandi lagi ye. Hahaha. Macam biasa, Amjad tengok je dulu. Sebab nanti berkecah laaaa. Ni pun dah berkecah ye terlebih minyak sampai melimpah. Sabar ye nak nanti after my bestfriend kahwin, we will go to camping every week. Saje nak mendekatkan kita kepada alam. Mana la tahu, nanti kita kena duduk dalam hutan if anything berlaku dekat Malaysia ni. Just a preparation.


Try hidup guna lighter dapur askar and fuel dia

Api yang keluar daripada dapur askar

Kacau bancuhan jap



Ayra Raesha menggoreng cekodok

Penuh melimpah minyak



Ok siap! Yang sorang lagi mando yee 🙊


Fefeling camping dekat rumah guna set pinggan mangkuk camping








Friday, February 11, 2022

Homeschool Group

Currently, I got two kids and I am happy Ir Housewife. I send my first born to Brainy Bunch Prima Gombak. Honestly, I am half hesitate about it. Are they teach my kid good? Because when aunty was doing online class, she spend only 1 hour for each year. 


They conducted online class because of covid cases in school. And currently covid cases in Malaysia is rise up, 19k. I think we will be MCO back. And of course, Ayra will be on online class. And I think it's not effective for kids like that. Better I teach by myself as her mom. Once the school closes, I want to stop Ayra Raesha from school.


Actually, I want school that bias on Islam. I want my kids to memorize Quran before they learn world knowledge. Because I trust the word that said, "Kejarlah akhirat, maka dunia akan mengikutimu". When they memorize Quran, world knowledge will comes easily. And I afraid that now parenting kids are more challenging, so I want the back to Quran. Learn quran, and learn other knowledge and relate that knowledge with Allah. I want to change our ancestor's mind that, "Belajar pandai pandai, nanti boleh kerja bagus bagus, dapat beli rumah, kereta" to "Go learn until you find Allah". That's the right thing. Everything we do, we must put Allah and Islam at first place.


Back to the topic, few weeks ago, I find facebook group Muslim Homeschooler. And actually I want my homeschool my kids but I don't find any support group. Alhamdulillah with Allah's help, I find one group that is active. Coincidentally, aunty in Brainy Bunch just give them worksheet instead of online class. We went to Gua Damai Extreme Park to gather the homeschooler. 


We did solat Dhua. And collect trash on the park together. It was fun. My kids enjoy it. Before we collect trash around the park, other homeschooler mom give us talk why we have to collect trash.

1) Prevent from syaitaan comes at our place

2) Because syaitaan love dirty places

3) Syaaitan don't like clean places

4) Syaitaan likes dirty places








After we have finished the task, we gather back and have breakfast by the leader. Alhamdulillah. Hope Allah give her pahala and more rezki. Aminn. The last task, for playdate below 7 years, we do art on nature. Is it interesting? Yesss! Guess what? I don't realize her talent that she is creative. Aunties praise her because of creative arrangement. SubhanAllah. All are award from Allah. 



New friend. They like each other.

This one mommy arrange for him

Ayra Raesha enjoy so much. Her energy like is been recharged. Because yesterday without asking, her take iqra and learn by herself. So amazing. And she got new friend, Zinnirah. 


The group plan to do gardening activities with family. We will clean up the garden rotate by family. We are so excited. The garden is near Batu 9, Gombak. So, no problem to come anytime.

Friday, April 5, 2019

Rumah Sewa (Part 1)

Hellooooo lama sangat dah haa tak bukak blog. Tiba tiba rasa nak share liku liku hidup dalam ni. Sekarang tengah pregnant anak second woiii. And saya adalah seorang Engineer Housewife yang baru nak menceburi bidang hartanah.

Tak tau mana datangnya minat ni. Aku berminat dengan rumah lelong. Nak bid tu takut jugak. Iyelaa takut la deposit burn. Kita ni bukan pandai law law ni pongg. Tapi dengan hasil pembacaan aku yang setiap bulan burn RM100 lebih untuk buku-buku hartanah. InshaaAllah aku yakin boleh.

Aku ada je cuba cuba nak pergi bid. Yang terbaru aku nak try bid rumah dekat Pangsapuri Rebana dekat Bandar Bukit Raja. Siapa tak nak kan sebelah Shah Alam tu. Aku dah hampir nak pergi buat bank draf lagi. Sekali scroll scroll FB Group depa tak suggest la pulak. Depa kata black area la, malam malam mesti bising la, kadang-kadang selamber je pecah masuk. Padan la aku tengok rate sewa situ murahhh semaciamm. Bilik master dapat RM250 untuk seorang duduk je bak ang! Gilossss. 

Ehhh aku sebenarnya nak cerita pasal rumah sewa.

Haa sebenarnya minat aku ni datang membuak-buak lepas aku ada rumah sewa dekat Seksyen 9, Shah Alam. Rumah tu sebenarnya parents aku yang bagi atas dasar kasih sayang. Aku duduk situ sampai la aku kahwin. Lepas sebulan kahwin, kami mengambil keputusan nak duduk sendiri. Nak gaduh ke nak manja ke takde orang meluat dokk? HAHA!

Sebelum kahwin lagi, aku meronta-ronta nak keluar dari rumah tu. Kenapa tuuu biarlah rahsiaa.. Haha. 

Rumah tu still nama parents aku. Sampai la adik beradik dan ayah aku duk push suruh tukar nama. Tukar nama dulu, baru fikir macam mana. Lepas dah proses tukar nama tu, aku tukar nama pulak ayah aku kepada husbaby aku. Ehhh aku gunakan dia je tau. Siapa kata husbaby aku cuci kaki?? Aku gunakan slip gaji dia untuk kami buat mortgage. Aku kan mana ada slip gaji. Kami nak guna gaji tu nak bayar segala mak nenek hutang. Lepaih tuu bayar satu je la. Yang bayarnya husbaby aku la kan. HAHA! 😈

Tapi malangnya aku terpalit sekali dalam CCRIS. Sebab brother tu include sekali nama aku. Katanya sebab husbaby takdak history hutang. Yang ada cuma kad kredit yang tak membantu. Aku ada la hutang kereta. Tapi husbaby aku yang bayar. Ya Allah, semoga murahkanlah rezeki husbaby Amalina itu ya Allah. *Thanks doakan. Hihi*

Loan kami ni agak cam siput jugak la nak disburse sebabnya masa tu election. Nak dapat consent MB pun MB tengah tak sure siapa mase tu. 

Sementara tu, kami mengambil keputusan untuk pinjam jee duit dari Mak Ayah kami sorang sikit. Sebab by the time duit dah disburse and dah kena bayar loan, penyewa dah masuk. Penyewa tolong bayarkan kos renovation kami ittew. Thank you Penyewa! Hihi. Tapi masa tu belum lagi decide nak duduk ke sewakan.

Masa tu aku rasa sedih la jugak nak tinggalkan rumah flat kos rendah dekat Ukay ni. Sebab selesa sangat. Plus aku ni penakut nak duduk rumah besar sejak sejak dah duduk rumah kecil ni. Rumah ni dah la sebelah hutan. Orang lain panas, kami rasa sejuk jee. Macam duduk dekat Cameron *Over sangat*

Kami renovate cantik cantik woi macam nak duduk. Siap letak plaster siling and downlight. Konon konon macam nak duduk. Daripada tak selera nak duduk terus jadi bernafsu. Hahaha.

Minat aku dengan hartanah ni pun didorong oleh teman rapat aku dari sekolah, Asnida Hani. Kawan paling rapat yang selalu share minat yang sama. Selalu berangan-rangan nak ada rumah banyak banyak. Dia selalu la suggest aku follow orang itu ini. Antaranya si Zaidi Ismail. Dia more to kewangan. Tak silap aku dia ada 50 rumah sewa dek kerana dia pakar dalam manage kewangan. Dan dah pencen dalam umur 30an rasanya. Dia la antara idola aku. Aku memang dah pencen, tapi aku nak husbaby aku pencen sama. Bangun bangun pagi lewat pun husbaby ada sebelah. HAHA. 

Aku pegang kepada ayat si Zaidi ni, dia kata, rumah bukan untuk membebankan kita. Rumah untuk bagi kita duit. Lebih kurang macam tu la. Aku pun tak ingat ayat bebetol dia. Dia ni walaupun ada 50 lebih rumah sewa pun still menyewa. Yela kalau kita kerja, kita pasti ke kita kerja dekat tempat tu sampai mati? Rumah yang kita beli tu bukan kita boleh bawa ikut tempat kerja kita. Bagi aku better duduk dekat dengan tempat kerja. Penat woiii rumah jauh dari tempat kerja. Aku setahun lebih ulang alek S.Alam-KL. Tu pun dah naik muak. Mula la rasa nak berhenti. Kalau KL ni jalan smooth takpaa. Ni asyik asyik nak tekan brekkk. Jenuhhh!



Aku nak color luar lain, nak color kurang cerah. Dapat pula color ni. 
Sama macam pagar nak smoke grey macam dalam color cat, rupanya smoke grey depa lain. *tepuk dahi*


Aku renovate porch habis habisan. Asyik bergaduh je nak parking. Susah sangat nak parking situ. Parking salah sikit dapat nota cinta. Padahal ada orang ambik kuota parking aku. Sabar je la. 

Fikir punya fikir. Kira punya kira. Kami pun decide untuk korbankan rumah baru renovate untuk Penyewa. Tempat berak pun kami tak rasmi, Penyewa dah rasmi ok. Gile siapa tak nak kan? Memang berdesup desup orang contact nak rumah. Kami sewakan per bilik. Depa kongsi dua orang setiap bilik. Bilik bawah je bagi Makcik aku duduk sampai nanti dia dapat EPF harap dia pun pindah la. 

Mula tu, family aku macam tak setuju la. Depa ni beli rumah untuk duduk. Depa dapat rumah pun mortgage and duduk. Tapi otak aku ni lain sikit la. Aku fikir duit. HAHA. Bukan tak sayang rumah. Tapi bagi aku rumah ni bukan tak boleh buat lain. Memang la sayang rumah aku membesar kot. Ada kata nanti takut rumah rosak. Rumah rosak boleh baiki and dibanteras dengan adanya Tenancy Agreement. Rosak dek kerana wear and tear tu biasa la. Kita pun duduk jadi wear and tear. Tapi aku ni sejenis degil. Aku tak suka orang decide life aku. Aku tau apa aku buat. Asalkan tak melanggar batas agam. Ye dak? Family aku agak negative jugak la dengan decision aku. Lagi lagi abang aku yang nombor 2 tu. Dia semua benda dia betoi. Aku je salah. Katanya dia lagi makan garam. Well, age is not determine his/her maturity. Aku lebih suka berahsia je tentang plan aku. Yang penting, poket aku gemok. Haha.

Ayah aku pun negative juga kata nanti rumah rosak. Aku cantas, kata kita ambil penyewa perempuan. Tak merosak sangat la berbanding Penyewa lelaki dan yang ada family anak ramai ni. Dia cakap boleh ke? Ehhh boleh ehhh awad tak boleh. Sekarang bukan macam dulu. Tapis siap siap dekat iklan. Ayah aku bukan tak pernah experience buat rumah sewa. Daripada pengalaman dia tu la dia duk kata. Tapi at last, dia ok je. Dia kata ikut suka aku la nak buat apa. Sekarang dia pula yang tengah plan nak buat rumah sewa ok. Nampak sangat terinspirasi daripada aku. HAHAHA!

Rasa macam dah panjang sangat la aku cerita introduction jee pun. Next time la. Dah asar niii. Nanti aku kasi tengok gambar rumah dah renovate tu yaa. Dengan pengalaman sebagai Tuan Rumah selama 8 bulan ni. Newbiess Kubisss.

lalala~

Daisypath Anniversary tickers