Friday, April 5, 2019

Rumah Sewa (Part 1)

Hellooooo lama sangat dah haa tak bukak blog. Tiba tiba rasa nak share liku liku hidup dalam ni. Sekarang tengah pregnant anak second woiii. And saya adalah seorang Engineer Housewife yang baru nak menceburi bidang hartanah.

Tak tau mana datangnya minat ni. Aku berminat dengan rumah lelong. Nak bid tu takut jugak. Iyelaa takut la deposit burn. Kita ni bukan pandai law law ni pongg. Tapi dengan hasil pembacaan aku yang setiap bulan burn RM100 lebih untuk buku-buku hartanah. InshaaAllah aku yakin boleh.

Aku ada je cuba cuba nak pergi bid. Yang terbaru aku nak try bid rumah dekat Pangsapuri Rebana dekat Bandar Bukit Raja. Siapa tak nak kan sebelah Shah Alam tu. Aku dah hampir nak pergi buat bank draf lagi. Sekali scroll scroll FB Group depa tak suggest la pulak. Depa kata black area la, malam malam mesti bising la, kadang-kadang selamber je pecah masuk. Padan la aku tengok rate sewa situ murahhh semaciamm. Bilik master dapat RM250 untuk seorang duduk je bak ang! Gilossss. 

Ehhh aku sebenarnya nak cerita pasal rumah sewa.

Haa sebenarnya minat aku ni datang membuak-buak lepas aku ada rumah sewa dekat Seksyen 9, Shah Alam. Rumah tu sebenarnya parents aku yang bagi atas dasar kasih sayang. Aku duduk situ sampai la aku kahwin. Lepas sebulan kahwin, kami mengambil keputusan nak duduk sendiri. Nak gaduh ke nak manja ke takde orang meluat dokk? HAHA!

Sebelum kahwin lagi, aku meronta-ronta nak keluar dari rumah tu. Kenapa tuuu biarlah rahsiaa.. Haha. 

Rumah tu still nama parents aku. Sampai la adik beradik dan ayah aku duk push suruh tukar nama. Tukar nama dulu, baru fikir macam mana. Lepas dah proses tukar nama tu, aku tukar nama pulak ayah aku kepada husbaby aku. Ehhh aku gunakan dia je tau. Siapa kata husbaby aku cuci kaki?? Aku gunakan slip gaji dia untuk kami buat mortgage. Aku kan mana ada slip gaji. Kami nak guna gaji tu nak bayar segala mak nenek hutang. Lepaih tuu bayar satu je la. Yang bayarnya husbaby aku la kan. HAHA! 😈

Tapi malangnya aku terpalit sekali dalam CCRIS. Sebab brother tu include sekali nama aku. Katanya sebab husbaby takdak history hutang. Yang ada cuma kad kredit yang tak membantu. Aku ada la hutang kereta. Tapi husbaby aku yang bayar. Ya Allah, semoga murahkanlah rezeki husbaby Amalina itu ya Allah. *Thanks doakan. Hihi*

Loan kami ni agak cam siput jugak la nak disburse sebabnya masa tu election. Nak dapat consent MB pun MB tengah tak sure siapa mase tu. 

Sementara tu, kami mengambil keputusan untuk pinjam jee duit dari Mak Ayah kami sorang sikit. Sebab by the time duit dah disburse and dah kena bayar loan, penyewa dah masuk. Penyewa tolong bayarkan kos renovation kami ittew. Thank you Penyewa! Hihi. Tapi masa tu belum lagi decide nak duduk ke sewakan.

Masa tu aku rasa sedih la jugak nak tinggalkan rumah flat kos rendah dekat Ukay ni. Sebab selesa sangat. Plus aku ni penakut nak duduk rumah besar sejak sejak dah duduk rumah kecil ni. Rumah ni dah la sebelah hutan. Orang lain panas, kami rasa sejuk jee. Macam duduk dekat Cameron *Over sangat*

Kami renovate cantik cantik woi macam nak duduk. Siap letak plaster siling and downlight. Konon konon macam nak duduk. Daripada tak selera nak duduk terus jadi bernafsu. Hahaha.

Minat aku dengan hartanah ni pun didorong oleh teman rapat aku dari sekolah, Asnida Hani. Kawan paling rapat yang selalu share minat yang sama. Selalu berangan-rangan nak ada rumah banyak banyak. Dia selalu la suggest aku follow orang itu ini. Antaranya si Zaidi Ismail. Dia more to kewangan. Tak silap aku dia ada 50 rumah sewa dek kerana dia pakar dalam manage kewangan. Dan dah pencen dalam umur 30an rasanya. Dia la antara idola aku. Aku memang dah pencen, tapi aku nak husbaby aku pencen sama. Bangun bangun pagi lewat pun husbaby ada sebelah. HAHA. 

Aku pegang kepada ayat si Zaidi ni, dia kata, rumah bukan untuk membebankan kita. Rumah untuk bagi kita duit. Lebih kurang macam tu la. Aku pun tak ingat ayat bebetol dia. Dia ni walaupun ada 50 lebih rumah sewa pun still menyewa. Yela kalau kita kerja, kita pasti ke kita kerja dekat tempat tu sampai mati? Rumah yang kita beli tu bukan kita boleh bawa ikut tempat kerja kita. Bagi aku better duduk dekat dengan tempat kerja. Penat woiii rumah jauh dari tempat kerja. Aku setahun lebih ulang alek S.Alam-KL. Tu pun dah naik muak. Mula la rasa nak berhenti. Kalau KL ni jalan smooth takpaa. Ni asyik asyik nak tekan brekkk. Jenuhhh!



Aku nak color luar lain, nak color kurang cerah. Dapat pula color ni. 
Sama macam pagar nak smoke grey macam dalam color cat, rupanya smoke grey depa lain. *tepuk dahi*


Aku renovate porch habis habisan. Asyik bergaduh je nak parking. Susah sangat nak parking situ. Parking salah sikit dapat nota cinta. Padahal ada orang ambik kuota parking aku. Sabar je la. 

Fikir punya fikir. Kira punya kira. Kami pun decide untuk korbankan rumah baru renovate untuk Penyewa. Tempat berak pun kami tak rasmi, Penyewa dah rasmi ok. Gile siapa tak nak kan? Memang berdesup desup orang contact nak rumah. Kami sewakan per bilik. Depa kongsi dua orang setiap bilik. Bilik bawah je bagi Makcik aku duduk sampai nanti dia dapat EPF harap dia pun pindah la. 

Mula tu, family aku macam tak setuju la. Depa ni beli rumah untuk duduk. Depa dapat rumah pun mortgage and duduk. Tapi otak aku ni lain sikit la. Aku fikir duit. HAHA. Bukan tak sayang rumah. Tapi bagi aku rumah ni bukan tak boleh buat lain. Memang la sayang rumah aku membesar kot. Ada kata nanti takut rumah rosak. Rumah rosak boleh baiki and dibanteras dengan adanya Tenancy Agreement. Rosak dek kerana wear and tear tu biasa la. Kita pun duduk jadi wear and tear. Tapi aku ni sejenis degil. Aku tak suka orang decide life aku. Aku tau apa aku buat. Asalkan tak melanggar batas agam. Ye dak? Family aku agak negative jugak la dengan decision aku. Lagi lagi abang aku yang nombor 2 tu. Dia semua benda dia betoi. Aku je salah. Katanya dia lagi makan garam. Well, age is not determine his/her maturity. Aku lebih suka berahsia je tentang plan aku. Yang penting, poket aku gemok. Haha.

Ayah aku pun negative juga kata nanti rumah rosak. Aku cantas, kata kita ambil penyewa perempuan. Tak merosak sangat la berbanding Penyewa lelaki dan yang ada family anak ramai ni. Dia cakap boleh ke? Ehhh boleh ehhh awad tak boleh. Sekarang bukan macam dulu. Tapis siap siap dekat iklan. Ayah aku bukan tak pernah experience buat rumah sewa. Daripada pengalaman dia tu la dia duk kata. Tapi at last, dia ok je. Dia kata ikut suka aku la nak buat apa. Sekarang dia pula yang tengah plan nak buat rumah sewa ok. Nampak sangat terinspirasi daripada aku. HAHAHA!

Rasa macam dah panjang sangat la aku cerita introduction jee pun. Next time la. Dah asar niii. Nanti aku kasi tengok gambar rumah dah renovate tu yaa. Dengan pengalaman sebagai Tuan Rumah selama 8 bulan ni. Newbiess Kubisss.

No comments:

lalala~

Daisypath Anniversary tickers