Tuesday, December 27, 2011

the journey

Salam.


It's time to open books. Ahhh. Nak holiday lagikk. 


Sabtu lepas aku pergi Balok, Pahang. My niece sanding. Datang sebagai tetamu tapi pakai baju tuan rumah. Disebabkan aku mak kecik dorang, segala kerja aku arah kan aje. Best kan jadik mak kecik ni ? Sebab pangkat besau aku. Tapi sampai sampai je bebudak kecik tu dah geledah beg aku. Masalah bebudak kecik tu. 


Dan aku dapat makan dekat meja pengantin, mak beradab. Rakus. Dia sediakan sudu garpu, kami guna tangan. Dah tu susah sangat. Ingat kawen orang putih ke gune sudu garpu ? 


Seronok tau jadi aku. Sebab dorang utama kan Mak Kecik dorang. Ape ape hal dorang panggil aku dulu. Special kot. Tangkap gambar aku mesti ada. Paling banyak agaknya. Dan paling menarik haritu aku tepung tawar. First time ever in my life. Wakaka. Alaa, gambar tak ade sebab ade dekat camera man upahan tu. Kecoh sangat bagitahu satu dunia aku mak sedara paling kecik. Kah kah kah.


Tak shantek lah tangkap budak!

Petang snap picture dekat Pantai Gebeng. Mesti lah ajak aku. Orang penting kan. Join sekaki lah. Sorry tak ade gambar nanti upload kalau dorang dah upload. Aku dah macam bridesmaid ok dan part time pembantu photographer. RM2/min. Best jugak kan kalau jadi awek photographer. Hari hari tangkap gambar aku je. He he. *berangan


Malam tu ada dinner dekat Gambang Water Park. Baju segala apa tertinggal dekat kereta ayah. Pakai baju anak sedara ketat pinggang kecik sangat dia tu. Make up tebal 2 inch agaknya aku ni. Makanan dia biasa je. Dah lame tak pegi annual dinner ayah since I was in Penang last few years. 


Terima kasih penaja makanan ;p


Menginap dengan kerani Kak Ainul. Borak panjang wooo. Umur 28 tahun. Still single. Boleh lah masuk line ? Ha ha. 


Esoknya, Isnin mandi Water Park. Sejam dua je dekat situ pastu balik. Hamboi. Sekejap benau. Sebab join orang tua macam tu lah jadinya. Kalau aku ada kawan, aku tak pandang dah ayah aku ke mak cik ke. Aku try semua benda. Orang baru nak masuk, kita orang keluar. Duhhh~ Makcik dengan aku je lah yang balik. Yang lain enjoy lagik.


On the way balik rumah, kita orang makan dekat Sri Payung Catering & Canopy Ampang berhampiran tempat kerja ayah. Makan asam pedas. Selama ni aku memang tak berapa suka pun asam pedas. Sebab kuah dia menyakitkan tekak aku. Tapi kali ni sedap gila. Base dia semua asam pedas. Cara makan dia kita pilih lauk pastu duduk dia serve kan makanan kita dengan air satu set. Air sirap siap jug kasi refill. Berbaloi baloi lah. Aku mintak dua lauk memandang kan ayah yang bayar ;p Ikan Pari dengan Lala. Gile kentang sedap dia. Tak pedas. Just nice. Must try. Kene mintak resipi.


Asam Pedas Asli Melaka. 

Before kita orang singgah makan tu, Asnida Hani dah telifon aku bagitahu dia ada dekat KLIA dah. Dan tak ade orang ambik. Aku rase serba salah sebab tak dapat tolong sebab dia tak tahu nak tido mana. Dia memang survival tapi aku risau dia tak tidur mana mana. Aku nak jumpa dia. Kalau aku memang dekat Shah Alam memang aku ajak dia balik kolej. Tapi aku balik Nilai baru la ni balik kolej. Dan aku risau lagi sebab tak tahu nak contact dia macam mana. Aku tunggu kau call aku balik je. Hurm. Masalah kan. Kalau aku ada kereta dah lama aku keluar pegi carik dia. Aiyaa. Mintak maap. Hope to hear from you soon. Hope you're ok wherever you are my dearest friend.


ps : Call me ASAP!

No comments:

lalala~

Daisypath Anniversary tickers