Thursday, March 22, 2012

hikmah

Assalamualaikum :)


Alhamdulillah atas segala kurniaan Allah. Tapi sebelum tu aku nak memohon kemaafan atas segala dose aku. Aku tak sempurna.


Segala yang berlaku di sekitar kita, mesti ada hikmah. Mungkin aku masih disini dek kerana niat aku yang tak betol nak pegi sana. Allah mungkin mahu aku sentiasa bersama keluarga yang tercinta dan hadapi segala cabaran yang ada  di hadapan. Ini dapat mematangkan aku supaya tak lari dari masalah mungkin ? Atau mungkin Allah nak gantikan aku dengan yang lebih baik. Atau memang aku dah dapat yang "lebih baik" tu dan aku tak sedar.


Lepas ni aku mesti belajar bersungguh sungguh. 


Manusia menilai kita dengan mata kasar, Allah menilai kita dengan melihat hati kita. Sebab tu manusia menilai pointer dan A semata tapi tidak menilai usaha yang telah dibuat. Kita sebenarnya dah dijajah secara psychology  dengan mementingkan keduniaan semata. At the end, pakai jubah yang ade kaitan dengan diaorang. Mung pahe dok ? Dah besar kannn. Fikir sendiri.


Usaha perlulah suci murni dari sebarang ketidakredhaan Allah sebab di akhir nanti anda yang akan ditimpa kecelakaan walaupun anda rase bende tu kecik. Tapi, sebalik kecelakaan kecik tu terdapat 1001 makna daripada Tuhan Pencipta kita :) Maka harus sentiasa beringat dengan segala perbuatan anda, terutama sewaktu di alam belajar.


Niat kena tukar, Lillahitaala. Tolong umat Islam mungkin. Mungkin anda tak berkesempatan untuk menolong umat Islam tapi menolong anak kamu pun sudah berbaloi. Mungkin dengan jasa mu, keturunan mu akan buat benda yang sama terhadap orang lain dan anak mereka. Dan dengan cara ini boleh berkembang. Tolong jugak kan ? InsyaAllah ;)


Kalau dah berusaha tapi dapat keputusan tak memuaskan bukan bermaknanya anda dah "wakenabeb" tapi sebaliknya anda dapat pahala kan terhadapan usaha anda. Renungkan yang tak nampak daripada yang nampak. Nampak dok ? Bukan result yang menentukan rezeki kau masa hadapan. Tapi, Allah yang menentukan. InsyaAllah, kalau kau baik sekarang, Allah akan permudahkan perjalanan seterusnya.


Kalau saya ada anak saya nak anak saya jadi rajin je. Usaha tangga kejayaan. InsyaAllah, dunia dan akhirat =) *berangan*
Tak pe nakk. Usaha lagi! InsyaAllah, Allah permudahkan kalau kita telus. Jangan putus asa dengan rahmat Allah...


ps : Ingatan untuk diri sendiri jugakk. InsyaAllah. Kuliah isyak :p

No comments:

lalala~

Daisypath Anniversary tickers