Wednesday, December 28, 2011

selamat hari lahir ayah ku

"Selamat Hari Lahir yang ke-58 Ayahandaku.."

Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih

Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan

58 kot ? Sudah sudah lah tu kerja.
Duduk jek rumah jaga cucu. Hahahaha.

Tanggal 29 Ogos, saya dilahirkan dan disambut gembira oleh ayah.
Sebab saya satu satu nya anak perempuan selepas tiga orang anak lelaki.

Dari kecik sampai besar saya adalah anak ayah. 
Selamanya mungkin.

Saya cinta ayah.
Lebih dari mencintai seorang kekasih.

Encik Ishak sugar daddy saya.
Sebab dia yang kasi saya belanja hari hari. Wakaka.
Kita orang best friend. Tapi saya masih hormat dia sebagai orang tua.

Dan saya percaya apa yang berlaku bukan silap ayah.

Ayah selalu mengajar saya erti kesabaran dalam menempuh kejayaan.
Dengan kesabaran dan kegigihan, dia telah mencapai apa yang diinginkan.

Ayah is my idol!

Untuk ayah,

Saya sayang ayah, cinta ayah.
Walau apa yang terjadi saya tetap ada untuk ayah.
Saya akan buat apa sahaja untuk ayah, 
macam ayah buat apa sahaja untuk saya.
Terima kasih kerana sabar dengan perangai anakmu.

Yang selalu menangis macam anak kecil.
Yang suka menghabiskan duit ayah.
Yang suka merajuk.
Yang keras kepala.
Yang tak dengar kata.
Yang degil.
Yang nakal.
Yang manja.

Kadang kadang ayah larang saya buat sesuatu
sebab ayah tahu itu membahayakan anaknya.

Kadang kadang ayah berfikiran negetif
sebab ayah sayang saya.

Kadang kadang ayah merancang hidup saya
sebab tak nak saya menyesal.

Terkadang tu termarah ayah.
Terkadang tu terbenci ayah.
Terkadang tu tersakitkan hati ayah.
Terkadang tu menyusahkan ayah.
Terkadang tu membuatkan ayah risau.

Everyday I love you and miss you.
You are my hero!
Semoga dipanjangkan umur
dan mendapat keredhaan Allah.

Dan semoga kita berjumpa di syurga lagi.
Sayangggg ayah ;*



2 comments:

Anonymous said...

akak nanges bace entry nie... huk3
i miss my dad so much..

lynalike said...

Sorry sbb buat akak ngs.. :(

lalala~

Daisypath Anniversary tickers